1 Mac 2012: Program ceramah palestin di Masjid Padang Temusu disampaikan oleh Abdul Rahman Ajjamal dan Ir Abdul Rahim Syihab sungguh menarik perhatian jamaah masjid. Mereka memberi tumpuan dan perhatian dan teruja dengan pembangunan di Palestin yang terus bangkit walau seringkali diserang oleh rejim israel. Abdul Rahman Ajjamal adalah Syaiqul Maqari yang hafiz alquran dan sanad bacaannya sampai kepada rasulullah saw.Beliau menyatakan di setiap rumah di jalur Ghazzah akan ada paling kurang seorang hafiz al-quran. Pengalaman beliau meyusun kelas tahfiz al Quran di Ghazzah dapat melahirkan para huffaz dalam masa 2 bulan sahaja. Pengalaman beliau di Lampung Indonesia juga telah dapat melahirkan para huffaz dalam masa 2 bulan sahaja. Ia adalah sesuatu yang menakjubkan. Kita boleh mencubanya di Malaysia insyaallah.
IR Abdul Rahim Shihab menyentuh tentang aspek pembangunan fizikal dengan bantuan aqsa syarif.
2 Mac program ceramah di masjid kulim