Sunday, July 1, 2012

Aktiviti Aqsa Syarif Kedah sepanjang bulan Jun 2012


Alhamdullilah, dengan keizin-Nya Aqsa Syarif Kedah telah berjaya melakukan beberapa siri ceramah palestin di sekitar negeri Kedah. Kesemua Ceramah telah disampaikan oleh En. Abdul Wahab Yahya, pengurus Aqsa Syarif Kedah.  Berikut adalah senarai tempat ceramah palestin oleh Aqsa Syarif Kedah.

 07 JUN 2012  - Program Ceramah Palestin di LHDN Sungai Petani, Kedah dari jam 9.00 - 10.00 pg. Jumlah kutipan ialah sebanyak RM 2,160.00. 

14 JUN 2012 -  Pengisian Program ceramah Misi  A2G5 di Surau Taman Kempas Fasa 3,Sungai      Petani,Kedah. Jumlah kutipan ialah sebanyak RM 968.00

19 JUN 2012  -  Ceramah Palestin di SEK. MEN. PAYA KAMUNTING JITRA, KEDAH pada  8.00-9.30 pg. Jumlah kutipan ialah sebanyak RM 797.00                                 19 JUN 2012 -  Program Palestin di Masjid Padang Temusu selepas Maghrib. Jumlah kutipan ialah sebanyak RM 353.00

23 JUN 2012 - Program Palestin/Pameran di Pusat Pendidkan AL-Azhar di Jitra,Kedah dari 8.00-9.30 pg. Jumlah kutipan ialah sebanyak RM 737.00

24 JUN 2012 -  Menerima sumbangan Kutipan Jumaat dari Masjid Pokok Asam sebanyak RM 303.00

25 JUN 2012 -  Ceramah Palestin di SEK.KEB.SEDIM,KEDAH pada 11.00- 1.00 tgh. Jumlah kutipan ialah sebanyak RM 1,133.00

28 JUN 2012 - Ceramah Palestin di Surau Abu Bakar Assidiq SP. Jumlah kutipan ialah sebanyak RM 313.00

29 JUN 2012-  Kuliah Subuh di Sek. Men. Khir Johari, SP. Jumlah kutipan ialah RM 141.00

Aqsa Syarif Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyumbang wang ringgit dan tenaga  dalam membantu saudara kita di Palestin.




Saudara Abdul Wahab Yahya menyampaikan ceramah di Sek Men Paya Kemunting, Jitra Kedah



Saudara Abdul Wahab Yahya menyampaikan ceramah di Surau Taman Kempas Fasa 3










No comments:

Post a Comment