Sunday, July 15, 2012

TOPS 2 Zon Utara



14 Julai 2012: Aqsa Syarif Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah berjaya menganjurkan program Training Of Palestinian Speakers (TOPS) 2 bagi Zon Utara. 

TOPS 2 telah diadakan di Seminarium, Bandar Laguna Merbuk, Sungai Petani, Kedah. Alhamdullilah program TOPS 2 telah di hadiri oleh para aktivis dari Ketiga-tiga negeri. Jumlah kehadiran ialah seramai 30 orang. 

Pengisian di berikan oleh Prof. Dr. Roslan Hashim, Akhuna Akhi Mohd Radhi B Abdul Wahab dan Abdul Wahab bin Yahya. Program bermula dengan bacaan surah al-isra ayat 1 hingga 10 oleh adik Muzzakir dari KUIN. Para peserta telah diberi pendedahan secara mendalam dalam sejarah palestin, kronologi perjuangan Zionisme dan ancamannya kepada ummah. Juga dikongsikan pengalaman misi Aqsa Syarif ke Gaza. 

Program berakhir pada pukul 3.30 Petang. Kesemua wakil dari setiap negeri memperbaharui tekad untuk mempertingkatkan aktivisma di kawasan masing2. 




Abdul Wahab bin Yahya
pengurus aqsa syarif kedah

No comments:

Post a Comment